Program Khas Lepasan SPM 2017 / 2018

  • Program Pembangunan Mutawif Professional melalui Diploma Pengurusan Pelancongan [PPMP]

 

  • Program Pembangunan Usahawan Pelancongan Patuh Syariah melalui Diploma Pengurusan Pelancongan atau Diploma Pengurusan Perniagaan [PPUP]

Program Khas dan Akademik di ICCIE 

International Center for Contemporary Acaemic Education atau ICCIE adalah sebuah pusat pengajian antarabangsa di bawah Kolej Antarabangsa Inovatif.

ICCIE menawarkan program khas dan akademik yang berteraskan keperluan industri dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek pematuhan syariah.

Program-program anjuran ICCIE mempunyai akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf olej Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang boleh disemak laman sesawang http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan https://app.mohe.gov.my/iktiraf/.

Graduan ICCIE @ IIC layak untuk diserap masuk ke Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian secara kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia TANPA perlu memohon melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Objektif Penawaran PPMP dan PPUP

Bagi memenuhi permintaan industri pelancongan patuh syariah terhadap mutawif professional dan bagi melahirkan lebih ramai uasahawan islam bagi memenuhi tuntutan jihat ekonomi ummah.

Menurut firma Crescent Rating, Industri Pelancongan Patuh Syariah dianggarkan bernilai RM185 Bilion pada tahun 2015. Permintaan terhadap sektor perkhidmatan ini dijangka terus meningkat disebabkan pertambahan bilangan penduduk muslim dan peningkatan kesedaran terhadap hukum-hukum fekah berkaitan ibadah dan muamalat.

Sementara itu, Statistik Kementerian Pelancongan Malaysia pula mencatatkan seramai 250,000 rakyat Malaysia mengerjakan Umrah pada tahun 2017 dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 300,000 menjelang 2018. Oleh itu, industri ini memerlukan penyertaan lebih ramai usahawan dan juga mutawif profesional bagi menampung permintaan pasaran semasa.

Kemudahan Pembelajaran 5 Bintang

ICCIE @ IIC menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berteknologi tinggi

Kampus utama ICCIE yang terletak di Kelana Square, Petaling Jaya, Selangor mempunyai kepasiti seramai 5000 orang pelajar, bagi 3 kohort pengajian. Kampus ini dilengkapi peralatan pengajaran dan pembelajaran berteknologi tinggi yang menepati standard Universiti Awam kerana ianya turut digunakan oleh Universiti Utara Malaysia bagi Program Pengajian Jarak Jauh mereka. Interaksi di antara pelajar jarak jauh Universiti Utara Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam memberikan impak positif kepada pembangunan karakter peserta program PPMP dan PPUP.

Internet Berkelajuan Tinggi

Jalur lebar dengan kelajuan 500 Mbps disokong oleh rangkaian tanpa wayar pintar Ubiquity.

Bilik Kuliah Kondusif

Setiap bilik kuliah adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan meja dan kerusi berkualiti tinngi.

Pelbagai Kedai Serbaneka dan Restoran Halal

Terdapat puluhan restoran halal, kedai serbaneka, dan cetakan, dan alatan pejabat di sekitar kampus.

Masjid Tengku Kelana Jaya Petra

Masjid ini terletak dalam jarak berjalan kaki daripada kampus. Masjid Kompleks Tabung Haji yang terkenal di kalangan jemaah haji juga berada berdekatan.

Projektor Tanpa Wayar

Setiap bilik kuliah dilengkapi dengan projektor tanpa wayar Acer P1185 dengan kapasiti 3200 lumen dan 20000:1 nisbah kontras.

Akses Kepada Pengangkutan Awam

Kampus Utama ICCIE boleh diakses melalui perkhidmatan MRT dan Bas RapidKL.

Paradigm Mall

ICCIE terletak bersebelahan Paradigm Mall yang menjadi pusat komersial utama bagi warga Kelana Jaya.

Kompleks Sukan MBPJ

Di masa lapang, Para pelajar bolehlah beriadah dan bersukan bersama penduduk setempat di Stadium Petaling Jaya, Kompleks Sukan MBPJ, dan taman rekreasi Petaling Jaya.

Peluang Mengerjakan Umrah, Ziarah ke 6 Negara Eropah, Turki, Jepun, atau Korea PERCUMA

Berbeza dengan institusi pendidikan tinggi lain, ICCIE adalah satu-satunya institusi di Malaysia yang mewajibkan peserta menjalani latihan industri dan mengendalikan program umrah atau ziarah secara praktikal sebelum menamatkan pengajian.

Peserta program PPMP dan PPUP akan menjalani latihan indusri di agensi umrah and/atau pelancongan terkemuka di Malaysia seperti Muhibbin Holiday, kendalian Md Ustaz Ghazali Ibrahim, salah seorang personaliti TV bagi rancangan keagamaan seperti Tanyalah Ustaz. Kos perjalanan, dan penginapan semasa peserta mengendalikan Umrah atau Ziarah akan ditanggung sepenuhnya oleh ICCIE.

100% Yuran Program Dibiayai Oleh PTPTN

Melalui kerjasama strategik di antara ICCIE dan Yayasan Pendidikan Nasional (YPN), sebahagian daripada kos pengajian program PPMP dan PPUP akan dibiayai oleh YPN. Jumlah yuran pengajian bersih, selepas ditolak pembiayaan YPN adalah RM 19,500 untuk tempoh pengajian selama 7 Semester / 2.5 Tahun.

Pecahan yuran pengajian adalah seperti berikut:

  • Yuran Permohonan dan Pendaftaran: RM2,500 [Dibiayai oleh pelajar dan/atau Zakat dan/atau pengeluaran KWSP]
  • Yuran Program: RM17,000 [Dibiayai oleh PTPTN]
  • Kos Perjalanan dan Penginapan Umrah dan/atau Ziarah akan dibiayai sepenuhnya oleh ICCIE

Pendidikan Berkualiti Berteraskan 10 Lonjakan Pendidikan Tinggi Malaysia

ICCIE menyokong penuh Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015 – 2025 yang dipacu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan menerapkan 10 Lonjakan tersebut di dalam program PPMP dan PPUP.

Lepasan PPMP dan PPUP akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Pelancongan, Kolej Antarabangsa Inovatif dengan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara.

Mereka juga layak untuk diserap masuk secara automatik ke Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian secara kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia TANPA perlu memohon melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Program ini juga diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bilangan 8 Tahun 2002.

Akreditasi MQA dan Pengiktirafan JPA ini boleh disemak melalui laman sesawang http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan https://app.mohe.gov.my/iktiraf/.

“Kolej Antarabangsa Inovatif menawarkan program yang amat berkualiti yang diajar oleh pensyarah berkelayakan dan berpengalaman”

YBhg. Dato’ Profesor Emiritus Dr. Hashim bin Yaacob, Pengerusi Kolej Antarabangsa Inovatif dan Mantan Naib Canselor Universiti Malaya

ICCIE atau International Centre for Contemporary Islamic Education adalah sebuah Pusat Pengajian Antarabangsa yang ditubuhkan dibawah Kolej Antarabangsa Inovatif.

Kolej Antarabangsa Inovatif amat menitikberatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pensyarah yang berwibawa dan melalui kerjasama strategik bersama pakar-pakar dari industri.

Melalui kewibawaan dan kepimpinan YBhg. Dato’ Prof. Emiritus Dr., Kolej Antarabangsa Inovatif berjaya menarik minat pakar-pakar daripada pelbagai industri seperti Dato’ Seri Kamarudin Mat Ali (mantan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji), Dato’ Dr. Ronald Louis Richard (mantan pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia), Ustaz Md Ghazali Ibrahim (personaliti televisyen bagi rancangan berbentuk keagamaan), Caprice (penyanyi dan uasahawan teknologi), dan lain-lain untuk menyertai Kolej Antarabangsa Inovatif menerusi pelbagai bentuk kerjasama startegik.

FAQ

Soalan Lazim berkenaan ICCIE @ IIC

Hubungi Encik Muhammad Anas Mohd Bukhori, C.A. (M), MBA (UKM), B.Acc (UiTM), Pengarah ICCIE (Memangku) di talian 1-800-88-5999 atau Whatsapp beliau di talian 013 208 6849 sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Bilakah pengambilan pelajar baru?

ICCIE mempunyai 3 ambilan setahun, iaitu ambilan Januari, Mei, dan September.

Bolehkah saya menyertai ICCIE pada bulan, selain daripada bulan-bulan di atas?

Ya, anda boleh menyertai ICCIE pada bila-bila masa. Anda dibenarkan untuk menyertai kohort semasa sekiranya hari pendaftaran anda adalah kurang dari sebulan dari tarikh kelas bermula. Jika sebaliknya, anda dimasukkan di dalam kelas intensif bahasa inggeris dan kelas Mata Pelajaran Umum, sementara menunggu ambilan (kohort) seterusnya.

Bolehkah saya menyertai program anjuran ICCIE @ IIC sekiranya saya tidak melepasi syarat kelayakan minimum?

Syarat kelayakan minimum bagi program angiran ICCIE @ IIC adalah lulus SPM dengan 3 kredit. Sekiranya calon tidak memenuhi syarat ini, calon bolehlah mengambil semula subjek tersebut pada SPM kertas Julai. Sebagai alternatif, calon juga boleh menyertai Sijil Kemahiran Malaysia sehingga Tahap 3 dan menggunakan kelulusan tersebut sebagai syarat kelayakan masuk.

Bolehkah saya membawa kenderaan sendiri?

Pelajar tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri. Kedudukan kediaman pelajar dan Kampus Utama adalam dalam jarak berjalan kaki.

Setelah bergraduasi, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran?

Lepasan Program Khas PPMP dan PPUP dan Program Akademik di peringkat diploma adalah layak untuk menyambung pelajaran di mana-mana IPTA dan IPTS di dalam dan luar negara.

Apakah bentuk bantuan kewangan yang boleh dipohon?

Sebagai pelajar di ICCIE @ IIC, anda layak memohon bantuan berikut:

  • Pinjaman Pendidikan PTPTN;
  • Pengeluaran Akaun 2 KWSP;
  • Bantuan Kewangan Yayasan Pendidikan Nasional; dan
  • Bantuan Zakat daripada badan zakat di setiap negeri.

Apakah ICCIE dan hubunganya dengan IIC?

ICCIE adalah akronim kepada International Center for Contemporary Islamic Education. ICCIE adalah salah satu pusat pengajian antarabangsa yang ditubuhkan di bawah IIC. Manakalah IIC pula adalah akronim kepada Innovative International Collge, sebuah Institusi yang dilesenkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

IIC adalah salah satu institusi yang diberi kepercayaan oleh MARA untuk melatih pelajar tajaan MARA bagi program perubadan dan pergigian di bawah program Pra-Universiti Kanada. IIC dianugerahkan sebagai pusat Pra-universiti terbaik dunia bagi tahun 2015/2016.

IIC juga merupakan satu-satunya institusi yang diberi kepercayaan oleh Universiti Utara Malaysia untuk menjalankan program Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan, dan Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti di Malaysia. Layari laman kenali kami untuk mengenali IIC dengan lebih dekat.